20 Langkah untuk anda diingati
Anda boleh menjadikan diri anda lebih mudah diingati oleh semua orangyang anda temui. Dengan mengikuti kaedah di bawah, anda bukan sahaja menjadi lebih mudah dikenang, malah anda akan menarik lebih ramai pelanggan, mengekalkan mereka dan mendapat rujukan yang diingini. Amalkannya mulai HARI INI!
· Perkenalkan diri anda kepada orang lain. Tidak kira di mana andaberada, anggaplah diri anda tuan rumah. Anda harus menjadi orang pertama untuk menegur dan bertanyakan khabar.
· Cuba sedaya-upaya untuk mengingati nama orang lain. Seperti kataDale Carnegie, "Bunyi paling sedap didengar oleh seseorang ialah nama mereka."
· Kekalkan hubungan mata dan ukir senyuman apabila bertemu seseorang. Cara terbaik untuk membina hubungan ialah menerusi deria mata.
· Pastikan semua orang terasa seperti diri mereka amat penting dengan memberi mereka perhatian penuh. Anda perlu masa untuk pakar dalam hal ini. Apabila anda bercakap dengannya, dia membuatkan anda merasakan seolah-olah andalah satu-satunya orang yang ada dalam bilik.
· Tunjukkan kepada orang lain bahawa anda suka berbual dengan mereka. Jangan menguap, kelihatan bosan atau memandang ke sinisana.
· Pupuk minat dan kesungguhan untuk mengenali orang lain.
· Dengar, Dengar dan Dengar. Anda juga bukan sahaja akan lebihdisukai, tetapi anda akan mula memahami kemahuan, keperluan dan keinginan seseorang.
· Tunjukkan minat terhadap pelbagai perkara dan terhadap kehidupan. Orang lebih suka mendekati mereka yang ceria, positif dan menarik.
· Tunjukkan sifat kelakar anda. Orang akan mengingati sesuatu yang kelakar berbanding dengan perbualan biasa.
· Anda seharusnya bijak berbual tentang pelbagai topik. Ikuti perkembangan semasa.
· Bercakap dengan ringkas. Beritahu apa yang anda mahu dalambeberapa ayat singkat.
· Bercakap dengan gaya bahasa mereka. Gunakan gaya komunikasimereka. Sebagai contoh jika seseorang hanya mahukan fakta, jangan bercerita atau memberi contoh panjang lebar.
· Bertolak-ansur terhadap orang yang mempunyai fahaman politik yang berbeza dengan anda.
· Jemput orang lain untuk makan tengah hari, makan malam dan menyertai kegiatan sosial lain.
· Minta pendapat mereka.
· Jangan menyampuk.
· Gunakan gerak badan positif. Gunakan teknik berikut - Senyum; Kedudukan badan terbuka; Membongkok sedikit ke depan; Janqanmengganggu kawasan mereka; Memandang mata mereka; Mengangguk sebagai tanda anda faham.
· Serlahkan personaliti sendiri, Nikmati perbualan.
· Berikan lebih daripada yang dijangka. Denqan kata lain, berikan lebih daripada yang anda janjikan.
· Puji orang lain kerana pakaian, kelakuan atau kata-kata mereka, tetapidengan ikhlas.
nice...plus..dont weri..ku xlupakan mu..hehe
ReplyDeletehehehe.. aku ponnnn
ReplyDeletekadang-kadang tak suka bila org ingat n sebut2 ( tgk orgnya la) bukan tuan rumah ye..
ReplyDeleteermmm kalo org slalu sebut mean selalu la kite tersedak hehehe dat y x suke ek..:D
ReplyDelete